WELCOME TO SMK BANDAR T6 KLUANG JOHOR -WE ARE THE BEST

Lagu Sekolah






Bendera Sekolah


Anak panah yang mengarah ke atas
Bermaksud :  Warga SMKBINTI6 yang sentiasa ingin mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
·      Para pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran hingga mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
·      Warga pendidik pula sentiasa meningkatkan prestasi kerja untuk melahirkan pelajar yang berkualiti

Anak panah yang dibahagikan kepada 5 bahagian
Bermaksud :
·      Pelajar SMKBINTI6 terdiri daripada 5 kumpulan pelajar mengikut tingkatan iaitu Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
·      Saiznya yang semakin melebar ke arah kanan melambangkan tahap kematangan dan ketinggian ilmu yang kian bertambah di kalangan pelajar.

Rangka atau rupa anak panah
Bermaksud :
·      Jika diamati rupa anak panah ini menyerupai bangunan sekolah iaitu bahagian kepala anak panah merupakan bahagian bumbung manakala bahagian badannya adalah dinding bangunan sekolah.
Biru Laut
(Terdapat pada anak panah.)
Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan
·      Warna ini menyerupai salah satu warna yang terdapat pada pakaian rasmi atau uniform pelajar iaitu kain yang dipakai oleh pelajar perempuan.
·      Sebagai lambang  perpaduan yang diharapkan wujud di kalangan warga SMKBINTI6 kerana dengan adanya semangat perpaduan, sesuatu impian bersama akan mudah untuk dikecapi.
·      Tergolong dalam kumpulan warna sejuk yang menggambarkan ketenangan dan keceriaan pada suasana persekitaran yang indah yang mampu menyuntik semangat untuk terus berjaya.
·      Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda dan keindahan sekolah.
Kuning
(Terdapat pada tanah atau sebagai warna
latar belakang bendera)
Lambang Kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan.
·      Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan berperlembagaan
·      Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin ke peringkat yang lebih tinggi.
·      Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu.

Lagu Sekolah




Lirik Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
Sekolah yang menjadi sejarah
Ku genggam janji harumkan nama mu
Ku tekad terus menimba ilmu..

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
Menjadikan kami dewasa
Kecemerlangan mu kan kami bina
Demi masa depan gemilang..

             (chorus)

Kreatif, optimis dan dinamik
Budi bahasa amalan kami
Kami pertahan dan kami amalkan
Dari zaman hingga ke zaman

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
Sekolah yang kami banggakan
Ku genggam janji harumkan nama mu
Ku pasti hidup penuh berilmu....